25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Bangga Malaysia jadi contoh kepada dunia – PM

Malaysia akan berkongsi konsep 'Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera' pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang akan diadakan esok di Subang Jaya, Selangor.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa bangga apabila diberitahu bahawa Malaysia merupakan negara contoh kepada masyarakat dunia.

Perkara ini dikhabarkan ketika Perdana Menteri menerima kunjungan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia (MWL),  Sheikh Dr. Muhammad AbdulKarim Al-Issa.

Menurut Ismail Sabri, seperti dimaklumkan Setiausaha MWL, Malaysia dijadikan contoh kerana kejayaan membentuk perpaduan antara kaum.

“Sheikh Dr. Muhammad berada di sini bagi menghadiri Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang diadakan esok.

“Saya akan menyempurnakan perasmian persidangan berkenaan yang julung kali diadakan di Malaysia.

“Dalam pertemuan ini, saya nyatakan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi terus kukuh bagi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga:   PM zahir ucapan takziah kemangkatan Presiden UAE

Malaysia akan berkongsi konsep ‘Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera’ pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang akan diadakan esok di Subang Jaya, Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, MWL memilih Malaysia sebagai tuan rumah persidangan itu kerana negara berjaya menonjolkan Islam sebagai satu agama yang harmoni, selamat dan sejahtera dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Malaysia akan menerangkan contoh yang boleh kita lihat bagaimana keharmonian kita wujudkan (dalam masyarakat majmuk) kerana tidak lain dan tidak bukan, mesti berpegang dengan Islam itu sendiri kerana Islam mengajar menghormati orang lain dan kita harap orang lain juga dapat menghormati Islam,” katanya.

Baca juga:   PM zahir ucapan takziah kemangkatan Presiden UAE

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan