27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tatacara urus jenazah pesakit COVID-19 disemak semula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TATACARA pengurusan jenazah Islam dan bukan Islam yang dijangkiti Covid-19 disemak semula supaya relevan dengan situasi semasa.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ia sejajar dengan Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ketiga Tahun 2021 yang bersidang pada 26 Julai tahun lalu.

Katanya, jenazah pesakit beragama Islam dibenarkan untuk dimandi dan dikapankan mengikuti amalan langkah berjaga-jaga iaitu urusan mandi dan kapan dilakukan pengendali jenazah terlatih di hospital dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap dan bersesuaian.

“Aktiviti yang berunsur aerosol generating procedure (AGP) dielakkan ke atas jenazah seperti menekan perut jenazah.

“Selain itu, hanya dua waris dengan status vaksinasi lengkap serta memakai PPE yang lengkap dan bersesuaian dibenarkan turut serta dalam urusan memandikan dan mengapankan jenazah bersama pengendali jenazah yang terlatih di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Jelas Khairy, bagi jenazah bukan Islam pula, sekiranya prosedur last rite memerlukan penukaran pakaian baharu, pakaian tersebut boleh diletakkan di atas badan jenazah tanpa melibatkan aktiviti AGP.

Katanya lagi, hanya dua waris dengan status vaksinasi lengkap serta memakai PPE yang lengkap dan bersesuaian dibenarkan turut serta dalam urusan prosedur last rite tersebut.

“Antara tatacara pengurusan jenazah yang turut disemak semula adalah penggunaan satu beg mayat bagi setiap jenazah yang dijangkiti Covid-19 berbanding sebelum ini yang perlu menggunakan dua beg mayat bagi setiap jenazah.

“Untuk pengebumian jenazah, KKM tidak menetapkan jumlah waris yang boleh terlibat dalam proses pengebumian jenazah tetapi perlu memakai PPE yang bersesuaian,” ujarnya.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan