24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 10 Julai

Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 10 Julai ini (Ahad).

Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman sebentar tadi, selepas aktiviti cerapan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1443 Hijrah ialah pada Jumaat, 1 Julai 2022 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Terdahulu, isu tarikh Aidiladha menjadi perbincangan panas umat Islam di negara ini selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf di Arafah dijangka jatuh pada 8 Julai depan.

Baca juga:   Demi kepentingan rakyat, Tun M,Ku Li mahu gagalkan Belanjawan Rakyat

Kelazimannya perayaan tersebut akan disambut sehari selepas perhimpunan jemaah haji itu yang kali ini turut digelar sebagai Haji Akbar atau amat besar kerana berlaku pada Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad ketika berucap pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada 291 bakal jemaah haji semalam membayangkan tarikh Wukuf mungkin jatuh pada 8 Julai kelak.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan