28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

11 ‘tokan’ ditangkap dalam tempoh seminggu di Kelantan

Siasatan mendapati, jumlah rampasan dadah itu boleh dibekalkan kepada seramai 94,200 penagih.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 11 pengedar dadah termasuk seorang wanita ditangkap di Kelantan, dalam Ops Tapis selama seminggu yang berakhir Isnin lalu.

Operasi berkenaan sekaligus menyaksikan nilai rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM211,000.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 51 tahun ditahan dalam sembilan serbuan yang dijalankan di daerah ini, Pasir Mas, Gua Musang, Pasir Puteh dan Bachok.

“Dalam serbuan itu, polis telah merampas sebanyak 18,500 biji pil kuda, heroin (211.57 gram), syabu (75.90 gram) dan ganja (14.64 gram).

“Polis juga menyita sembilan buah motosikal, dua buah kereta dan wang tunai berjumlah RM16,280 dalam serbuan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

“Selain itu, dua utas gelang dan dua bentuk cincin yang dianggarkan bernilai RM123,324 turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sheik Azhar berkata, siasatan mendapati, jumlah rampasan dadah itu boleh dibekalkan kepada seramai 94,200 penagih.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan