31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sultan Johor mahu Tunku Ismail terus terajui JDT

Mesti Baca

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memberi perkenan kepada Pemangku Raja, Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar terus menerajui dan mengendalikan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli berkata, perkenan baginda itu bagi membolehkan Tunku Mahkota Johor dapat memartabatkan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim telah bertitah pada hari ini 16 Jun 2022 berkenan supaya Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja, terus menerajui dan mengendalikan pasukan bolasepak JDT bagi memartabatkan sukan bolasepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Sekian, titah dijunjung,” katanya dalam pernyataan satu perenggan hari ini.

Pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail mengumumkan mengundurkan diri daripada pengurusan kelab paling berjaya tanah air itu.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” katanya dalam hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Sultan Johor berkenan melantik Tunku Ismail selaku Pemangku Raja Johor mulai hari ini.

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titahnya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan