30 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

38,798 pengundi baharu didaftar secara automatik sepanjang Mei

DPT BLN5/2022 dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 15 Julai hadapan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 38,798 pengundi baharu berusia 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sepanjang Mei lalu, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak bagaimanapun berkata, daripada jumlah tersebut seramai 5,751 orang merupakan pengundi yang bertukar bahagian pilihan raya manakala 3,348 lagi pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai boleh membuat semakan bagi Daftar Pemilih Tambahan bagi bulan Mei 2022 (DPT BLN5/2022) mulai hari ini sehingga 15 Julai.

“DPT BLN5/2022 ini mengandungi nama bagi 38,798 orang warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

“Ia turut mengandungi nama 5,751 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,348 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ikmalrudin, SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN5/2022 iaitu menerusi portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my serta portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

Baca juga:   Pengundi PRN Melaka dinasihat keluar lebih awal

Tiga lagi kaedah, katanya, adalah menerusi aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“SPR menyeru kepada warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mei hingga 31 Mei 2022 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN5/2022.

Baca juga:   Ramai mengadu lapar, Ebit Lew hantar 10 tan bantuan makanan ke Sabah

“Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN5/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

Katanya, Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN5/2022.

“Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN5/2022 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri,” katanya. 

Baca juga:   PRN Sarawak: Tiada perarakan, perhimpunan hari penamaan calon

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bajet 2023 : Bantuan BAP tanpa kira pendapatan, KPM beri reaksi positif

SEMUA murid akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tanpa mengira pendapatan ibu bapa mulai tahun depan dan dijangka memanfaatkan...

Lagi Artikel Berkaitan