24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bentuk imbuhan kepada Harimau Malaya akan dibincang – PM

Pasukan hoki negara yang layak ke Piala Dunia juga akan dipertimbang untuk diberikan imbuhan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu depan bagi menentukan bentuk imbuhan yang akan diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang melayakkan diri ke Piala Asia 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan itu bagi menentukan pihak yang lebih layak untuk menerima imbuhan sama ada FAM atau diberikan terus kepada para pemain skuad Harimau Malaya, jika ada.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan mempertimbangkan bentuk imbuhan kepada skuad hoki negara yang layak ke Piala Dunia 2023 serta muncul naib juara Piala Asia baru-baru ini.

“Saya dimaklumkan oleh Presiden FAM, mereka perlu mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara lebih banyak sebelum Piala Asia dimulakan.

“Jadi kita dah jadi ‘Top 4’ ASEAN kalau kita bermain dengan pasukan yang lebih rendah kualitinya daripada Malaysia, ia tidak akan membawa banyak perubahan kepada Malaysia.

Advertisements

“Pastinya kita kena bermain selepas ini dengan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan pasukan lebih kuat daripada negara kita,” katanya selepas melancarkan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya di stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau difahamkan FAM akan bawa pemain-pemain untuk bermain dengan pasukan Korea Selatan atau Jepun, justeru mereka memerlukan sokongan kewangan.

Dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 semalam, skuad bimbingan jurulatih Korea Selatan, Kim Pan Gon berjaya mencatatkan dua kemenangan dan satu kali tewas dalam Kumpulan E.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, mereka berjaya menewaskan Turkmenistan 3-1, tewas kepada Bahrain 1-2 sebelum membenam Bangladesh 4-1 untuk muncul naib juara kumpulan dan layak ke Piala Asia.

Malaysia kali terakhir layak ke Piala Asia secara merit pada tahun 1980 sementara pada 2007, Malaysia menjadi tuan rumah bersama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan