34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

FELCRA ternak ayam secara mega di Kuala Rompin

Bakal menghasilkan sehingga 600,000 ekor ayam bagi setiap pusingan atau 35 hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

FELCRA Berhad akan melaksanakan projek ternakan ayam padaging sistem tertutup secara besar-besaran di Tanjung Seratus, Kuala Rompin, Pahang.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek yang akan bermula Januari 2023 dijangka mampu mengeluarkan sehingga 600,000 ayam padaging bagi setiap pusingan atau 35 hari.

Menurut beliau, kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula bulan depan namun prosesnya dijangka menghadapi kesukaran dengan pelbagai prosedur dan SOP yang perlu dipatuhi.

“Projek in akan merupakan idea strategik dan komitmen FELCRA untuk mengadaptasi pengalaman dan strategi bagi melaksanakan projek ternakan ayam. Projek mega makanan negara ini akan membuka 500 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” katanya di Kuala Lipis, Pahang hari ini.

Beliau berkata, bagi tujuan itu Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menyalurkan sebanyak RM59.64 juta bagi pelaksanaan projek tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Abdul Rahman berharap projek tersebut akan berjaya dan sekali gus dapat menampung bekalan makanan negara pada masa depan.

Katanya, bukan hanya rakyat Malaysia sahaja yang bergantung terhadap ayam sebagai sumber protein malahan keseluruhan penduduk dunia.

Justeru, katanya, kekurangan sumber bekalan ayam sering menjadi isu terutama ketika musim perayaan.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menyiasat kemungkinan wujud kartel terdiri daripada syarikat besar yang mengawal harga dan pengeluaran ayam.

Beliau berkata, hasil laporan siasatan dijangka selesai bulan depan dan sekiranya wujud kesepakatan kartel tersebut, kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Arahan itu dibuat setelah pengguna seluruh negara merungut kerana bekalan ayam tidak mencukupi di pasaran sejak akhir-akhir ini. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan