25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penduduk hulu Paka gempar kemunculan Pak Belang

Sebanyak dua perangkap sudah dipasang di kawasan berhampiran.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK di kawasan hulu Paka, Dungun, Terengganu gempar dengan kemunculan seekor harimau belang yang berkeliaran di kawasan bukit, beberapa hari lalu.

Kelibat Pak Belang itu sempat dirakam seorang pengguna jalan raya sebelum dimuat naik dalam media sosial Facebook.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan terbaharu haiwan liar itu, kelmarin dan sejak Mac lalu.

“Oleh demikian, sebanyak dua perangkap sudah dipasang di kawasan berhampiran.

“Berdasarkan video tular, berkemungkinan itu harimau belang betina dewasa yang seberat kira-kira 100 kilogram,” katanya hari ini, lapor Utusan.

Sehubungan itu, Kean Seong meminta orang ramai yang melihat kemunculan haiwan liar itu agar terus menghubungi pihak Perhilitan bagi membolehkan tindakan pantas diambil.

Terdahulu, video berdurasi 43 saat yang memaparkan harimau belang berkeliaran di kawasan bukit tular selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan