26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

PM bertemu syarikat gergasi tarik minat tanam modal di Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sesi bersemuka dengan empat syarikat besar di Jepun, pagi ini antaranya Mitshubishi Power dalam lawatan rasmi beliau di Tokyo, Jepun.

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook menyatakan, selain menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2022, lawatan kerja beliau turut dipenuhi dengan jadual padat bertemu dengan syarikat-syarikat gergasi Jepun bagi menarik minat mereka menanam modal dan membesarkan perniagaan mereka di Malaysia.

“Pagi ini saya menghadiri sesi bersemuka dengan empat syarikat besar di Jepun, antaranya Mitshubishi Power, sebuah syarikat sebuah syarikat yang berpengalaman dalam industri penjanaan kuasa dan penyimpanan tenaga.

“Mereka diwakili oleh Hideshi Kawamoto, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, serta Nobuhiro Kawai, Pengurus Pemasaran dan Jualan Antarabangsa,” kongsinya hari ini.

Ujar Perdana Menteri lagi, syarikat berkenaan mereka bentuk dan membina sistem janakuasa di seluruh dunia.

Baca juga:   6 anggota polis ditahan terbabit aktiviti pemerasan

Menurutnya, syarikat berkenaan juga terlibat dengan industri gas asli, stim, aero-turbine, geothermal dan PV Solar.

“Mitsubishi mempunyai lebih 18,000 orang pekerja di seluruh dunia dan berpengkalan di Yokohama, Jepun.

“Mitsubishi Power dan THB Power pada masa ini sedang bersama-sama membangunkan penyelesaian teknologi terkini bagi loji jana kuasa di Kulim, Kedah,” katanya.

Ujar beliau lagi, Malaysia komited dan mengalu-alukan projek berkualiti tinggi dengan elemen kelestarian seiring dengan matlamat negara mengurangkan kesan gas rumah hijau.

Baca juga:   28,033 unit rumah RKMAT untuk Keluarga Malaysia ATM

Antara yang mengiringi Ismail Sabri ke Jepun dalam lawatan rasmi sehingga esok termasuklah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

-EDISI9

Terkini

MBSA nafi Datuk Bandar Shah Alam ditahan SPRM

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan bahawa Datuk Bandar Shah Alam Datuk Zamani Ahmad Mansor hanya dipanggil untuk membantu...

Lagi Artikel Berkaitan