36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dasar Pandang ke Timur jadikan Malaysia pelaburan strategik – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DASAR Pandang ke Timur yang dimulakan 40 tahun lalu menjadikan Malaysia antara destinasi pelaburan yang strategik bagi syarikat terutamanya dari negara matahari terbit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dasar berkenaan sekali gus menjadi penyumbang kemajuan pelbagai sektor di negara kita.

Menurut beliau, dalam tempoh Januari hingga Mac lalu, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jepun meningkat sebanyak 13.3 peratus dengan RM41.75 bilion (USD9.96 billion) berbanding RM36. 86 (USD9.07 bilion) dalam tempoh yang sama pada tahun 2021.

“Pada tempoh berkenaan, jumlah eksport Malaysia ke Jepun juga meningkat sebanyak 19.6 peratus iaitu RM22.68 bilion (USD5.41 bilion) berbanding RM18.96 (USD4.66 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2021.

“Dalam pertemuan saya bersama Presiden Japan-Malaysia Economic Association (JAMECA), Tsuyoshi Nagano yang juga Pengerusi Tokyo Marine Holdings Inc dan Setiausaha Agung persatuan Kazuto Sasaki pagi ini, mereka menyatakan hasrat untuk membantu menarik lebih ramai pelabur dari Jepun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Perdana Menteri lagi, langkah berkenaan akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan kembali ekonomi negara.

Menurut beliau dalam pertemuan itu juga, JAMECA turut menyatakan hasrat untuk mengadakan Seminar Dasar Pandang ke Timur pada 1 Ogos nanti.

“JAMECA ditubuhkan secara rasmi pada 1977 di Kuala Lumpur dengan tujuan untuk mempromosikan keharmonian hubungan ekonomi antara Malaysia dan Jepun,”, katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan