36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ismail Sabri bertanya khabar dengan Dr Mahathir di Tokyo

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat bertemu empat mata pada Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei di Tokyo malam tadi.

Pertemuan berkenaan dikongsikan Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

“Sempat bertemu dan bertanya khabar dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei di Tokyo malam tadi.

“Beliau berada di Jepun untuk turut memberi ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27 itu hari ini.

“Saya menyampaikan ucaptama pada persidangan itu dalam bahasa Melayu semalam,” kongsinya.

Ismail Sabri berkata, dihoskan oleh Nikkei Inc setiap tahun sejak 1995, persidangan berkenaan menghimpunkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan tokoh-tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.

Untuk rekod, Ismail Sabri dan Dr Mahathir berucap pada persidangan berkenaan pada 25 Mei dan 26 Mei lalu.

Ini adalah penampilan pertama Ismail Sabri di persidangan itu yang dianjurkan setiap tahun oleh gergasi perniagaan Jepun.

Sebaliknya, Dr Mahathir, 96, kerap kali hadir sejak persidangan Nikkei sulung pada 1995.

Persidangan tahun ini bertemakan bertemakan “Redefining Asia’s Role in a Divided World.” atau “Mentakrifkan Semula Peranan Asia dalam Dunia yang Terbahagi”.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan