31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 16, 2022

Anggota polis mengaku tak bersalah terima sogokan RM16,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM16,000 pada Februari lalu.

Tertuduh, Azrol Khalil, 37, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan termasuk satu pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Azrol didakwa secara rasuah menerima wang tunai berjumlah RM16,000 daripada seorang lelaki berusia 50 tahun sebagai dorongan menutup kes jenayah komersil terhadap individu yang sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Dia yang kini bertugas di bahagian pentadbiran didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Taman Prima, Sri Gombak, Batu Caves pada 7 Februari lalu.

Tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), dan boleh di hukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Baca juga:   Suap RM100, Mahkamah denda warga Singapura RM10,000, penjara dua minggu

Jika didapati bersalah tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh sebagai penjawat awam didakwa menerima suatu barang berharga atau wang tunai dengan jumlah yang sama pada tarikh dan lokasi sama tanpa sebarang balasan dan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Baca juga:   Rukun Negara bukan sekadar simbolik - Agong

Timbalan Pendakwa Raya, Noryusriza Zulkifli kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu melaporkan diri ke pejabat SPRM serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun peguam yang mewakili tertuduh, PG Cyril memohon supaya wang jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan anak guamnya bergantung kepada pendapatan isteri untuk menyara keluarga.

Katanya, tertuduh kini menerima gaji sebanyak RM1,700 dan menanggung isteri serta tiga anak tiri yang tinggal di kuarters kakitangan awam di Hospital Serdang.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan melaporkan diri ke Pejabat SPRM Selangor pada awal setiap bulan sebelum menetapkan sebutan semula kes pada 28 Jun depan.

-EDISI9

Terkini

Mahkamah: Permohonan masuk bukti baharu Najib ditolak

MAHKAMAH Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu...

Lagi Artikel Berkaitan