31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Lelaki maut, tercampak keluar dari kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut apabila kereta Honda Jazz dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 244.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Seremban, pagi ini.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Fitriazrul Hashim, 21, beralamat di Jalan Katib Tamby, Kampung Lendu Dalam, Alor Gajah, Melaka.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta Honda CRV yang sedang bergerak dari arah Kuala Lumpur menuju ke Melaka dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun di lorong tengah telah dilanggar oleh kereta Honda Jazz dipandu mangsa dari belakang.

“Mangsa hilang kawalan dan terbabas melanggar besi penghadang tengah jalan dan tercampak keluar dari kenderaannya.

“Kemudian datang kereta jenis Mercedes di lorong kanan arah belakang tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Nanda berkata, akibat kemalangan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu kereta Honda CRV dan Mercedes tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan