24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kain rentang puji lantang bersuara di AS sambut kepulangan PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Pangkalan Udara Subang pagi ini selepas lawatan kerja selama empat hari dan menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) di Washington.

Ketibaan Ismail Sabri itu disambut oleh kira-kira 200 orang yang terdiri daripada golongan belia dari universiti awam dan swasta sekitar Lembah Klang.

Lebih menarik lagi apabila sambutan berkenaan dibuat bagi menzahirkan perasaan bangga dan terujanya rakyat di negara ini apabila Perdana Menteri lantang menyuarakan pelbagai isu keamanan terumasuk nasib rakyat Palestin di hadapan pemimpin dunia.

Isu yang diketengahkan Ismail Sabri dalam Kemuncak kepada Sidang Khas ASEAN-Amerika Syarikat yang dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkenaan antaranya isu membabitkan konflik Rusia-Ukraine, Mynmar dan Laut China Selatan.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Terdahulu, dalam lawatan kerja itu, perdana menteri menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS dan menemui Presiden Biden, Naib Presiden Kamala Harris serta lain-lain pemimpin negara-negara ASEAN.

Presiden Biden turut menganjurkan majlis makan malam bagi meraikan pemimpin negara-negara ASEAN itu di White House kelmarin.

Advertisements

Dalam pada itu, Ismail Sabri meluahkan rasa terharunya disambut secara meriah oleh rakyat Malaysia pagi tadi.

“Pulang ke Malaysia tercinta setelah melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat di Washington D.C.

“Tak sangka, ramai yang ada disini menyambut ketibaan saya. Hilang rasa penat selepas perjalanan yang panjang apabila dapat bertemu dengan semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir yang terdiri daripada kepimpinan UMNO, para mahasiswa dan belia serta Keluarga Malaysia yang mendoakan keselamatan kepulangan lawatan kerja berkenaan pagi ini.

“Alhamdulillah, kehadiran di AS bukan sahaja satu penghormatan, tetapi peluang yang diberikan untuk menyuarakan hasrat Malaysia dan ASEAN keseluruhannya demi menjamin keamanan dan keselamatan di rantau ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan