33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Inisiatif dan inovasi guru akan diperluaskan – Dr Radzi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

INISIATIF dan inovasi yang dihasilkan guru di Malaysia akan diperluas ke pelbagai sekolah demi manfaat pendidikan negara.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi perhatian sewajarnya terhadap usaha guru dalam melakukan inovasi agar ia tidak hanya kekal di satu sekolah sahaja.

“Semalam saya hadiri Majlis Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dan hari ini Majlis Apresiasi Festival Guru Malaysia di mana hasil usaha kreatif guru diangkat dengan pemberian anugerah.

“Justeru, kementerian akan mengambil pendekatan untuk melihat usaha terbaik yang dilakukan guru pemenang anugerah ini sekiranya sesuai untuk dikembangkan di sekolah lain, supaya ilmu itu dapat disampaikan secara menyeluruh.

“Apa yang kita lihat terdapat inovasi yang dilakukan guru-guru ini boleh digunakan secara meluas kerana kos yang tidak tinggi, mengambil masa yang cepat serta pendekatan yang mudah,” katanya.

Baca juga:   Radzi wakil Malaysia di persidangan UNESCO

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Festival Guru Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, Kelantan hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid dan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad YGMB, Aminudin Adam.

Katanya, dalam sektor pendidikan apa yang paling penting adalah keikhlasan dan kejujuran.

“Bekerja dengan kejujuran akan memberi suatu kepuasan.

“Saya yakin apabila guru mulakan usaha mereka ikhtiar ingin melakukan terbaik.

Baca juga:   Dua beradik maut dalam kemalangan, seorang cedera

“Mereka tidak akan terfikir ‘reward’. Tetapi apa yang difikirkan atas kecintaan kerjaya apa yang terbaik dapat dilakukan supaya anak didik dapat menjadi pewaris negara dan seterusnya mampu bersaing di peringkat dunia,”katanya.

Dr Radzi berkata, Malaysia perlu bersaing di peringkat dunia dalam konteks pendidikan dan melakukan perubahan seiring perkembangan semasa.

“Jika negara lain bergerak ke hadapan dan kita masih kekal dengan budaya, sikap dan pendekatan yang lama, maka kita akan terus ketinggalan.

“Kita ketinggalan bukan kerana kita di belakang, sebaliknya negara lain terus ke hadapan.

“Sebab itu apa yang penting dalam kita menyambut Hari Guru, ini adalah masa untuk kita membuat perubahan dalam struktur pendidikan,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, beliau menyampaikan anugerah kepada 27 guru yang membabitkan enam kategori penerima.-Edisi 9

Baca juga:   Risen Energy labur RM42.2 bilion di Malaysia

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan