25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jururawat aset penting KKM, negara – Noor Hisham

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JURURAWAT merupakan aset yang sangat penting buat Kementerian Kesihatan dan negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sepanjang lebih dua tahun yang lepas juga, semua jururawat di seluruh negara bersama-sama dengan petugas barisan hadapan telah bertungkus lumus berjuang menyelamatkan dan mempertahankan nyawa penduduk Malaysia bagi melawan pandemik Covid-19.

Menurutnya, tidak kiralah jururawat di hospital, klinik, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya, mereka semua telah melakukan yang terbaik.

“Jururawat adalah tunjang sistem kesihatan negara dan juga bagi kesihatan Global. Komitmen dalam penyampaian perkhidmatan dan menabur bakti tidak kira di bandar, kampung pedalaman yang terpencil amatlah terpuji.

“Mulianya hati jururawat sehingga sanggup meninggalkan kemudahan yang dimiliki demi memikul amanah yang berat,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih di atas perkhidmatan dan jasa khidmat bakti semua jururawat berkenaan.

Advertisements

“Selamat Hari Jururawat 2022 kepada semua jururawat di seluruh Malaysia,” kongsinya.

Terdahulu, tema sambutan Hari Jururawat Sedunia pada tahun ini adalah “Jururawat: Suara yg memimpin – Laburlah dalam sektor kejururawatan dan hormatilah hak untuk mencapai kesihatan sejagat”

Menurut Noor Hisham, tahun ini, satu majlis rasmi dapat dibuat sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia oleh Malaysian Nurses Association, dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Ini setelah dua tahun tidak dapat mengadakan majlis sebegini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan