28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pegawai MCMC palsu, gertak mangsa hantar pautan judi, lucah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diminta untuk berwaspada dengan panggilan dari individu menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta mendakwa individu yang dihubunginya telah melakukan kesalahan.

MCMC dalam satu kenyataan menjelaskan
peringatan tersebut dibuat susulan seorang mangsa telah dihubungi oleh individu bernama Mod Azim Abdul Aziz yang memaklumkan bahawa talian telefon mangsa telah menghantar pautan-pautan judi dan lucah ke serata telefon di Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan berkenaan, mangsa dikehendaki membuat aduan dalam tempoh 30 minit dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian boleh menyebabkan talian telefon pengadu disekat dan disenaraihitamkan oleh pihak penyedia perkhidmatan.

“Adalah dimaklumkan bahawa individu yang dimaksudkan iaitu Mod Azim Abdul Aziz bukan kakitangan MCMC dan tidak pernah berkhidmat dengan pihak Suruhanjaya.

“Pada masa yang sama, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan Suruhanjaya lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang ataupun menerusi platform media sosial Suruhanjaya dan bukannya menggunakan
nama individu, penggunaan bahasa yang meragukan serta nombor telefon bimbit persendirian,” kongsinya hari ini.

Sehubungan itu, MCMC menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak tidak dikenali.

“Pada masa yang sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan