29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

JKKMAR setuju RUU Sumbangan Politik digubal – Ismail Sabri

Mesti Baca

JAWATANKUASA Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) hari ini secara dasarnya bersetuju dengan cadangan penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Sumbangan Politik.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu perlu dibawa untuk perbincangan dengan ahli Kabinet sebelum mengadakan sesi libat urus dengan parti-parti politik.

“Skop dasar bagi RUU baharu berkaitan pengawal seliaan sumbangan politik dipersetujui untuk dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri.

“RUU ini penting kerana sehingga kini tiada undang-undang atau peraturan yang mengawal selia pembiayaan politik dan ia dapat mengelak risiko rasuah serta penyalahgunaan kuasa melibatkan ahli politik yang memberi impak negatif kepada imej negara dan kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat JKKMAR di Putrajaya hari ini.

Mengenai usaha menambah baik tadbir urus di sektor awam, Ismail Sabri berkata, satu pelan komprehensif yang akan menginstitusikan prinsip dan amalan tadbir urus (governance) yang baik akan diwujudkan.

Beliau berkata, pelan tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) itu akan diperkenalkan di semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun.

“MyGovernance bertujuan meningkat dan memperkukuh keupayaan penyampaian perkhidmatan awam ke arah mencapai visi nasional serta menangani isu-isu kelemahan tadbir urus aspek kerajaan termasuk badan berkanun.

Baca juga:   19,268 kes harian baharu, 95 kes kategori 5

“Pelan tersebut adalah berdasarkan empat prinsip tadbir urus baik iaitu ketelusan, akauntabiliti, kecekapan dan keberkesanan,” kata beliau.

Baca juga:   Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 28 Mac ini - PM

Perdana Menteri berkata, satu jawatankuasa akan diwujudkan bagi pembangunan MyGovernance tersebut.

Selaras dengan itu, katanya, pengukuran tahap kualiti tadbir urus sesebuah institusi kerajaan akan dibuat melalui Malaysian Governance Index (MGI).

Beliau berkata, mesyuarat turut bersetuju dengan pembangunan MyGovernance dan mengesyorkan supaya kajian dan sesi libat urus dilaksanakan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk dibincangkan dalam mesyuarat JKKMAR akan datang.

Mengenai pengurusan harta disita dan dilucut hak pula, Ismail Sabri berkata, mesyuarat bersetuju supaya Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menjadi agensi berpusat bagi pengurusan harta disita dan dilucut hak.

“Keperluan menjadikan NFCC sebagai sebuah agensi berpusat adalah amat penting dan perlu disegerakan ke arah usaha yang lebih berkesan bagi membanteras jenayah kewangan dan mengekang ketirisan hasil Kerajaan.

“Sebanyak 26 daripada 53 akta berkaitan dengan dasar pengurusan harta yang disita dan dilucut perlu diberi keutamaan untuk dipinda bagi melaksanakan dasar tersebut,” katanya.

Menurutnya, dasar pengurusan harta yang disita dan dilucut hak tersebut akan membolehkan agensi penguat kuasa lebih fokus kepada pelaksanaan siasatan bagi kes-kes jenayah khususnya jenayah kewangan.

Mengenai pengasingan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, Perdana Menteri berkata, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan kerana ia melibatkan perlembagaan, undang-undang dan kewangan.

Baca juga:   Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 28 Mac ini - PM

“Kerajaan sentiasa komited untuk menambah baik tadbir urus dan integriti dalam usaha memerangi rasuah di negara ini,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Lokman Adam diperintah padam semua video fitnah PM

Wartawan

Terkini

Harga telur ayam lebih murah diumum esok – PM

HARGA telur ayam yang lebih murah akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu esok. Perdana Menteri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan