31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Tahniah rakyat Malaysia’, kes COVID-19 tidak naik mendadak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan tingkah laku yang baik ketika negara berada dalam fasa peralihan ke endemik.

Beliau berkata, ini sekali gus membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemampuan dalam menjayakan fasa peralihan ke endemik.

“Ia erbukti apabila tiada peningkatan mendadak kes COVID-19 direkodkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita lihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa ini, apabila berada di kawasan terbuka atau di luar, mereka masih lagi memakai pelitup muka.

“Ini bermakna rakyat Malaysia sudah tahu macam mana nak ‘hidup’ dengan COVID-19. Mereka juga tahu sekiranya ada gejala, jangan keluar, jangan campur dengan masyarakat untuk asingkan diri, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan Hari Asma Sedunia 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

Khairy turut diminta untuk mengulas mengenai faktor jumlah kes harian COVID-19 yang dilihat masih terkawal sejak kebelakangan ini meskipun dijangka meningkat selepas perayaan Aidilfitri.

Dalam pada itu, Khairy berkata, faktor vaksinasi juga turut mendorong kejayaan Malaysia membendung wabak berkenaan.

“Vaksinasi ini membantu mengurangkan kesan yang buruk (kepada pesakit COVID-19) dan kita tengok sekarang ini hospital kita tidak lagi penuh dengan kes COVID-19, “katanya.

Katanya lagi, tahap pematuhan tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ini juga secara tidak langsung turut membolehkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak perlu lagi menguatkuasakan undang-undang dengan memberikan kompaun seperti mana dilaksanakan sebelum ini.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan