24.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Cubaan seludup dadah ke Sabah, Sarawak guna kurier tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam dua kes berasingan, bulan ini.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner, Imran Abd Rahman berkata, dadah jenis syabu seberat 28 kilogram (kg), yang dianggarkan bernilai RM1 juta itu dirampas di kawasan Kompleks Kargo KLIA pada 8 dan 11 Mei lepas.

“Dalam kes 8 Mei, polis menemui 3kg dadah yang disorok dalam satu unit ketuhar gelombang mikro dipercayai untuk dihantar ke Tawau, Sabah.

“Manakala pada 11 Mei pula, dadah seberat 25kg ditemui disorokkan dalam dua unit alat pembesar suara, untuk dihantar ke Tawau dan Kuching, Sarawak,” katanya dalam sidang media hari ini.

Imran berkata, sindiket yang terlibat, dipercayai menggunakan syarikat penghantaran barangan yang baharu dibuka sekitar Lembah Klang.

Baca juga:   Mengajar di sekolah luar bandar… ini pengalaman Cikgu Endon

“Hasil siasatan mendapati pengirim menggunakan butir diri dan alamat palsu. Butir diri dan alamat penerima juga palsu,” katanya.

Setakat ini, katanya, tiada tangkapan dilakukan dan proses siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pasa itu, Imran berkata, pihaknya juga telah menggagalkan beberapa cubaan menyeludup dadah melalui Kompleks Kargo KLIA yang dianggarkan 56kg bernilai RM2 juta, sejak awal tahun ini. – Bernama

Baca juga:   Cemas, mata kanak-kanak terkena 'gam tiga saat'

Wartawan

Terkini

Kemenangan PN bukti rakyat tolak kerajaan campuran PH-BN

PERIKATAN Nasional (PN) menganggap kemenangan calon mereka di Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di DUN Tioman adalah bukti...

Lagi Artikel Berkaitan