25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Berebut petak parkir, hantar surat layang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA berebut petak parkir, seorang pemilik rumah bertindak menghantar surat layang kepada individu yang didakwa cuba merampas petak parkir miliknya di sebuah kawasan perumahan.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, lelaki menunjukkan surat layang itu kepada individu yang cuba merampas petak parkirnya walaupun dia telah menanda petak berkenaan.

“Ini parkir orang. Kalau dah letak ‘tanda’ kerusi itu bermakna parkir tersebut milik seseorang. Suka hati nak ambil parkir aku, pandai pula pulangkan kerusi itu ke rumah aku. Cerdik ke bengap?,” luah pemilik rumah itu.

Difahamkan kejadian berebut parkir berkenaan berlaku di salah sebuah kawasan perumahan flat, namun tidak dinyatakan dengan jelas lokasinya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen.

Advertisements

“Siapa cepat dia dapat,” tulis Muhammad Shukri.

“Beli parkir itu baru boleh cakap awak punya parkir. Tak letak kerusi pun orang tak berani nak ambil,” komen pengguna lain.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Fasha Ridzwan.

“Yang bengapnya diri sendiri. Duduk flat berlagak macam duduk kondominium mewah,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan