28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

‘Ustaz memang sakit, saya sendiri lihat kulit dia’ – Jurusolek

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJAK semalam, pelbagai tanggapan dan reaksi dilemparkan ke atas kesihatan membabitkan penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias yang dipercayai mengalami penyakit misteri.

Ini berikutan perkongsian sebuah gambar oleh Ustaz Kazim sekaligus tular di media sosial.

Bagaimanapun, seorang jurusolek, Fatimah Ishak tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, gambar berkenaan diambil ketika dia sedang menyolek Ustaz Kazim Elias bagi pengambaran filem Zin Zin Ala Kazim baru-baru ini.

Advertisements

“Sebelum memulakan kerja, ustaz minta duduk di depan dia dan dia bacakan doa supaya saya selamat dan dilindungi Allah sepanjang penggambaran filem.

“Dia risau saya takut. Ustaz memang sakit, saya sendiri lihat keadaan kulit dia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Fatimah berkata, dia berharap dan mendoakan agar kesihatan Ustaz Kazim Elias pulih seperti sedia kala.

“Semoga ustaz sembuh dan boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tujuh wira, tiga wirawati korban nahas helikopter TUDM

NAHAS dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung sebelum terhempas di Kompleks Sukan TLDM Lumut mengorbankan tujuh...

Lagi Artikel Berkaitan