33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Srikandi Bersatu perkasa jentera siap sedia hadapi PRU 15

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PIMPINAN Srikandi Bersatu akan terus memperkasakan program – program mendekati rakyat selain melakukan proses “tambah nilai” untuk memperkasakan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Malah Ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd Harun menyarankan agar kepimpinan Srikandi Malaysia termasuk di peringkat negeri, bahagian dan cawangan memiliki semangat solidariti dan jatidiri yang kental dalam memantapkan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

“Inilah formula yang cukup penting untuk team Bersatu atau Perikatan Nasional (PN)dalam perjuangan politik yang semakin mencabar ketika ini.

“Semangat barisan Exco berada dalam “top form”. Masing – masing sudah mengorak langkah dan mengatur strategi .

“Kami duduk dan berbincang bagaimana untuk “menguatkan dan mantapkan” lagi perancangan yang sedia ada. Setiap mesyuarat dan perjumpaan, agenda ini menjadi keutamaan kami,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga:   Harmonikah UMNO untuk mengharungi PRU-15?

Rina berkongsikan harapan berkenaan susulan beliau telah menpengerusikan mesyuarat Exco Srikandi Bersatu Malaysia.

Menurut Rina, banyak perkara dan isu yang dibangkitkan, dibincangkan dan diperhalusi demi memperkukuhkan jentera parti untuk mengharungi cabaran PRU 15 di peringkat akar umbi.

Hantaran berkenaan mendapat reaksi yang baik terutamanya dari pimpinan Srikandi Bersatu yang lain.

Menurut Srikandi Bersatu Puchong, segala formula akan bermula di akar umbi untuk memiliki semangat solidariti dan jati diri yang kental dalam memantapkan parti bagi menghadapi PRU15.

Baca juga:   PRU-15: Tok Mat akan jelajah negara tinjau persiapan parti

“Terbaik YB Rina Mohd Harun bersama pimpinan tinggi Srikandi BERSATU Malaysia… Semoga segala perancangan berjalan lancar dengan adanya sokongan semua. InshaAllah,” kongsinya.

-EDISI9

Terkini

Banyak negara Arab sambut Aidiladha 9 Julai

HARI pertama Aidiladha di kebanyakan negara Arab dan Islam akan disambut 9 Julai ini, termasuk di Arab Saudi. Mahkamah Agung...

Lagi Artikel Berkaitan