28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Vaksin Covid-19 kanak-kanak berbayar selepas 15 Mei

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELEPAS 15 Mei ini suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak tidak lagi ditanggung oleh kerajaan sebaliknya akan dikenakan bayaran, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, beliau berkata, ibu bapa mempunyai masa kira-kira dua minggu lagi untuk membawa anak-anak berusia lima hingga 12 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).

Menurutnya, di bawah PICKids itu, kanak-kanak usia tersebut akan dibekalkan dengan vaksin Comirnaty dan CoronaVac manakala bagi vaksinasi berbayar selepas tarikh tersebut, mereka diberikan vaksin Sinovac.

“Sehingga 26 April hanya sekitar 42 peratus (satu dos vaksin) dan 21 peratus (dua dos vaksin) sahaja.

“Peratusan ini rendah dan amat membimbangkan. Sejak Oktober tahun lalu hingga April, sebanyak 245 kes sindrom keradangan pelbagai sistem dalam kanak-kanak (MISC) dilaporkan,” kata beliau dalam sidang media hari ini.

Khairy turut memberi contoh kematian seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang mengalami MISC dijangkiti Covid-19 dan pihaknya amat bersimpati dengan kejadian itu.

Advertisements

“Saya harap ia menjadi iktibar serta pendorong buat ibu bapa untuk segera mendapatkan vaksin kepada anak-anak yang layak,” katanya.

Untuk rekod, Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C) memutuskan 15 Mei ini sebagai tarikh akhir pemberian dos pertama vaksin Covid-19 di bawah PICKids.

Dalam pada itu, Khairy berkata, KKM akan terus komited dalam memastikan bekalan ubat-ubatan termasuk antiviral mencukupi.

Pada masa yang sama beliau memaklumkan bahawa kenyataan media mengenai situasi pandemik yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan tidak lagi dibuat secara harian sebaliknya laporan diberikan secara mingguan.

Pada 3 Februari lalu, kerajaan telah melancarkan PICKids sebagai langkah mengurangkan transmisi Covid-19 dan komplikasi jangkitan wabak itu dalam kalangan kanak-kanak.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan