25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Johor isytihar 2 Mei cuti peristiwa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Johor mengisytiharkan 2 Mei ini sebagai Hari Pelepasan Am (Cuti Khas Peristiwa).

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan dan terpakai kepada semua jabatan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan dan swasta di negeri itu.

“Keputusan itu mengambil kira perkara-perkara berikut iaitu memudahkan perjalanan keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Selain itu, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan jalan raya pada hari Isnin sebelum perayaan.

“Di samping itu, turut mengambil kira bagi memberi ruang kepada keluarga melapangkan masa lebih lama bersama-sama setelah lebih dua tahun tidak meraikan Aidilfitri ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi negeri Johor cuti hujung minggu adalah pada hari Jumaat dan Sabtu, oleh itu negeri Johor tidak terlibat dengan cuti gantian pada 2 Mei susulan cuti umum Hari Pekerja pada 1 Mei.

Advertisements

“Pekerja yang tidak mengambil cuti rehat pada tarikh tersebut perlu bekerja kerana operasi pejabat dan organisasi berjalan seperti biasa,” katanya.

Ujar beliau, kuasa bagi mempertimbangkan kelulusan cuti pelepasan am (Cuti Khas Peristiwa) merujuk kepada Seksyen 9 (1) – Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Sehubungan dengan itu, Onn Hafiz mengharapkan dengan pengisytiharaan cuti ini akan dapat dimanfaatkan seluruh Bangsa Johor bagi merancang dan merencana percutian mereka.

Sebelum ini Terengganu mengisytiharkan Khamis, 5 Mei sebagai cuti peristiwa susulan cuti umum Aidilfitri pada 3 dan 4 Mei manakala Jumaat pula ada cuti hujung minggu.

“Kita bersetuju mengisytiharkan cuti peristiwa pada Khamis depan, namun dengan syarat jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 3 dan 4 Mei,” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar dalam satu majlis di Kuala Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan