26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Zirafah, harimau Malaya jadi haiwan angkat MR D.I.Y

Turut sampaikan sumbangan lebih RM400,000 bagi membaiki dan menyelenggara kemudahan di Zoo Negara

Mesti Baca

TIGA haiwan di Zoo Negara terdiri daripada dua ekor zirafah dan seekor harimau Malaya telah dipilih oleh MR D.I.Y Group sebagai haiwan angkatnya.

Bagi tujuan itu, peruncit perkakasan rumah terbesar di Malaysia tersebut menyerahkan sumbangan sebanyak RM408,288 bagi keperluan ketiga-tiga haiwan tersebut iaitu Tilly, Gerald dan Jagoh.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, dana yang disalur sepanjang tahun 2021 dan 2022 itu telah digunakan untuk memperbaiki dan menyelenggara kemudahan di zoo tersebut.

Katanya, ini termasuk menaik taraf bumbung dan lantai terowong untuk ke kandang harimau, serta membina gazebo bagi kegunaan pengunjung.

“Ramai di antara kita mempunyai kenangan menarik semasa mengunjungi Zoo Negara ketika zaman kanak-kanak, kerana ia merupakan mercu tanda yang ikonik untuk beberapa generasi rakyat Malaysia.

“Inisiatif ini telah membantu memastikan generasi masa kini dan akan datang supaya dapat terus menikmati pengalaman yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis penyerahan sumbang tersebut disampaikan oleh Andrian kepada Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat Lana’.

Selain memperbaiki kemudahan, MR D.I.Y juga menyumbang peralatan, kelengkapan, pakaian seragam dan pelitup muka edisi khas untuk 300 kakitangan zoo.

Berhubung nama-nama haiwan yang dipilih sebagai haiwan angkat, Andrian berkata, pihaknya telah menjalankan undian menerusi Facebook mempelawa orang ramai memberi nama kegemaran mereka kepada haiwan-haiwan tersebut.

“Rakyat Malaysia telah memilih untuk menamakan dua zirafah tersebut sebagai Tilly dan Gerald manakala harimau jantan itu diberi nama Jagoh,” katanya.

Beliau berkata, pengambilan Tilly, Gerald dan Jagoh sebagai haiwan angkat serta sumbangan lain MR D.I.Y telah membantu memastikan Zoo Negara kekal sebagai sebuah lokasi tarikan yang menggembirakan pengunjung serta kakitangannya.

Beliau berkata, usaha tersebut memberi inspirasi kepada lebih banyak syarikat korporat untuk mencari cara bagi menambah nilai kepada tempat-tempat tarikan yang ikonik di negara kita. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan