32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Kanak-kanak dua tahun rentung, lima lagi cedera dalam kebakaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak lelaki berumur dua tahun rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2, Kuantan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi itu turut menyebabkan dua lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa serta seorang bayi perempuan mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kebakaran menyebabkan sebuah rumah musnah seratus peratus manakala sebuah lagi rumah musnah 90 peratus.

“Terdapat enam orang mangsa iaitu seorang lelaki cedera melecur 50 peratus, seorang lelaki cedera ringan, dua orang perempuan cedera dan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan cedera.

“Manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kebakaran ini juga melibatkan tiga buah kenderaan terbakar iaitu satu kenderaan hangus terbakar manakala dua buah kenderaan mengalami kerosakan teruk,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Ismail, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Beliau berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 3.15 pagi bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera dan sembilan anggota.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos, dua aliran paip dari tangki jentera bomba dan bantuan air daripada jentera tangki air.

Ujarnya, punca kejadian dan jumlah kerugian dalam kejadian berkenaan masih lagi disiasat.-Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan