24.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

RUU larangan merokok di peringkat akhir – Khairy

RUU itu sedang diteliti oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dimuktamadkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RANG Undang-Undang (RUU) larangan merokok bagi individu dilahirkan pada 2005 kini di peringkat akhir dan sedang diteliti oleh Jabatan Peguam Negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, draf RUU berkenaan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat, dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan pemegang taruh berkaitan.

Katanya, antara pendirian dan pandangan pemegang taruh yang diambil kira dalam usaha merangka RUU itu termasuk daripada penggiat industri produk tembakau negara.

“Saya akan teruskan sesi libat urus dengan mereka, untuk beri kefahaman apa peruntukan dan peraturan baharu yang kita akan perkenalkan.

“RUU ini sudah di peringkat akhir, sedang disemak oleh Jabatan Peguam Negara, sebelum ia dimuktamadkan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Baca juga:   Maritim Malaysia tahan bot pam bawa bahan letupan

Pada Mac lepas, Khairy berkata, undang-undang baharu untuk melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk tembakau, termasuk rokok elektronik (mengevap), bagi mereka yang lahir selepas 2005, akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai ini.

Sebelum itu, Khairy mengumumkan pada 17 Feb lepas bahawa pengenalan akta tersebut bertujuan mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser serta menyumbang 22 peratus kematian akibat penyakit sama.

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan