31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

PM beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri tiba di kediaman Allahyarham di Precint 10, kira-kira jam 9.40 pagi tadi, dan difahamkan selain memberi penghormatan, beliau juga turut menunaikan solat jenazah.

Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit bagi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Sebelum itu media melaporkan jenazah Ali tiba di kediamannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 8.20 pagi tadi dari Dublin, Ireland.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Baca juga:   Dua pekerja melecur dalam kebakaran kilang proses getah tiruan

“Pelawat yang akan memberikan penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dinasihatkan untuk tiba di dewan mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pada 1.30 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

Ali, 66, dilaporkan meninggal dunia pada 21 April lepas, ketika sedang menerima rawatan di hospital di Dublin, Ireland.

Anak kelahiran Kluang, Johor itu dilantik sebagai KSN pada 19 Jun 2012 menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat kontrak perkhidmatan pada 23 Jun 2012.

Baca juga:   Apa guna Seksyen 23 SPRM selagi PM punya kuasa mutlak?

Beliau mengakhiri perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam pada 2018. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

PH-UMNO gagal faham kesusahan rakyat – Wan Saiful

AHLI politik Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan menzahirkan perasaan sedih beliau apabila Kerajaan Pakatan Harapan -...

Lagi Artikel Berkaitan