26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

FELCRA agih keuntungan RM136.4 juta kepada 73,000 peserta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HAMPIR 73,000 peserta FELCRA Berhad seluruh negara bakal menikmati pembayaran Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 Projek-projek Peserta FELCRA Malaysia 2021 dengan jumlah keseluruhan RM136.4juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam ucapannya menyatakan, antara faktor utama yang mempengaruhi jumlah pembayaran yang memberangsangkan berkenaan ialah pengurusan perladangan yang efektik dan sistematik oleh FELCRA Berhad.

Malah menurut beliau, selain itu usaha-usaha penambahbaikan proses aliran kerja, peningkatan penggunaan jentera-jentera dan alatan mekanisasi di ladang-ladang yang diurus FELCRA, serta pengenalan beberapa aspek automasi seperti penggunaan dron pemantauan pertanian juga telah membantu menjana keuntungan projek peserta.

“Berikutan prestasi yang membanggakan ini, Kerajaan Pesekutuan dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12), menyakini kemampuan FELCRA serta telah meluluskan pembayaran bagi peruntukan geran berjumlah RM161.6 juta untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pelengkapan kampung iaitu amenities sosial, premis perniagaan, pelancongan desa, communities’ engagement, program tanam semula dan penambahbaikan infrastruktur ladang di seluruh Malaysia.

Baca juga:   Kerusi dimenangi BN akan kekal milik BN - Khaled

“Pembayaran telah mula dibuat bermula 22 April yang lalu dan dijangka akan selesai keseluruhan pembayaran pada pertengahan minggu ini. Jumlah berkenaan akan melengkapi keseluruhan pembayaran agihan keuntungan bagi tahun 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2, Projek Peserta-Peserta FELCRA Berhad di Sandakan, petang semalam.

Hadir sama Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah merangkap ADUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Baca juga:   Kerusi dimenangi BN akan kekal milik BN - Khaled

Dalam pada itu, Mahdzir turut memaklumkan peserta bakal menerima agihan akhir lebihan keuntungan tahun 2021 ini pada kadar purata RM2,755 per hektar atau RM1,115 per ekar.

“50 peratus atau Fasa 1 dari jumlah keseluruhan tersebut telah dinikmati oleh para peserta pada bulan Februari yang lalu.

Untuk rekod, pada majlis yang sama Mahdzir turut menyampaikan replika cek Agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 bagi Negeri Sabah dan Daerah Sandakan, replika cek Peruntukan Geran Pembangunan Kerajaan RP2 RMKe-12 FELCRA Berhad Wilayah Sabah dan sumbangan berjumlah RM3ribu kepada Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi.

Baca juga:   KEDA belanja RM2.5 juta untuk projek ameniti sosial

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lukaku ledak Hatrik benam Sweden 3-0

BELGIUM memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan bergaya menewaskan Sweden 3-0 menerusi jaringan hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan pagi...

Lagi Artikel Berkaitan