36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Warga emas mengaku lakukan seks luar tabii dengan kucing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEJI… Seorang lelaki mengaku bersalah atas dakwaan melakukan seks luar tabii dengan seekor kucing sehingga haiwan peliharaan itu mati pada pertengahan bulan ini ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

Tertuduh, Janting Anak Keling, 63, melakukan perbuatan keji berkenaan di sebuah taman permainan di Skudai, Johor Bahru.

Tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Bagaimanapun, mahkamah difahamkan tidak menjatuhkan hukuman walaupun tertuduh telah mengaku bersalah bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap dokumen kes terlebih dahulu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja itu telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan seekor kucing menyebabkan haiwan tersebut mati.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu disebuah taman permainan kawasan perumahan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada pukul 4.30 pagi, 16 April lalu.

Sehubungan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 377 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan denda atau sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu, dia memohon agar wang jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja dan hanya berada di negeri ini untuk melawat anaknya yang menetap di kawasan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 25 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan