34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kerajaan Johor biayai kos rawatan dua penyelam selamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Johor akan membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemukan selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing Rabu lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keadaan dua lagi mangsa yang berjaya ditemukan awal pagi tadi, masih lagi lemah.

Katanya, kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ di Pasir Gudang.

Beliau turut memohon agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Alhamdulillah, mereka dalam keadaan sedar and they are recovering. At the moment the doctors here, at KPJ are doing all that they can to make sure they recover as soon as possible.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, whatever medical expenses kerajaan akan tanggung. Dalam masa sama usaha sedang dipergiat semua agensi in terms of search and rescue for the last victims,” katanya, lapor Astro AWANI.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan terhadap dua mangsa yang baharu ditemui di Hospital Pakar KPJ di Pasir Gudang.

Terdahulu, dua penyelam daripada tiga yang masih hilang di Pulau Tokong Sanggol, di sini pada Rabu ditemui selamat oleh nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan pada jam kira-kira jam 1 pagi tadi di perairan Pengerang berhampiran sempadan perairan Indonesia.

Mereka ialah penyelam warga Britain, Adrian Peter Chesters, 46, dan wanita warga Perancis, Alexia Alexandra Molina, 18.

Bagaimanapun anak kepada Adrian, Nathen Renze, 14, warga Belanda masih hilang.

Khamis lalu, penyelam Norway, Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat.

Jurulatih selam itu ditemui di 30 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 8.15 pagi oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand.

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan