24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Penyeludup lolos, tinggal beras dalam kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dipercayai penyeludup beras bertindak memecut kenderaan pacuan empat roda dipandunya sebelum meloloskan diri dalam semak bagi mengelak daripada ditahan polis di Jalan Perdah, Pasir Mas di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang, selepas anggota polis dari Cawangan MPV Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Pasir Mas melihat kenderaan berkenaan dalam keadaan mencurigakan menghala ke Banggol Kong, Jeram Perdah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, polis cuba menahan kenderaan tersebut, namun pemandunya terus memecut laju sejauh 100 meter sebelum berhenti secara mengejut.

“Suspek kemudiannya telah bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran dan meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mohd Nasaruddin berkata, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut membawa muatan 50 kampit beras bernilai anggaran RM4,000 yang dipercayai diseludup dari negara jiran, Thailand.

Advertisements

“Anggota polis menunggu di lokasi selama 25 minit, namun tidak ada sesiapa yang datang menuntut.

“Kenderaan dianggarkan bernilai RM20,000 tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kesemua muatan beras bertulisan Thailand itu dirampas dan diserahkan pada pihak bahagian Kawal Selia Padi dan Beras negeri Kelantan.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,” katanya.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan