25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pasangan kekasih buat maksiat rempuh MPV polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASANGAN kekasih dicekup selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta peronda (MPV) semasa polis sedang membuat pemeriksaan apabila mendapati mereka sedang berdua-duaan di belakang sebuah premis di Jalan Humaira, Tanah Merah, Kelantan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, lelaki berusia 20 tahun dan teman wanitanya 22 tahun berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superitendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, melihat kepada keadaan itu, anggota polis yang sedang membuat rondaan dengan menaiki MPV terus memeriksa kereta tersebut.

Menurutnya, semasa anggota polis turun dari MPV dan menghampiri kereta itu, pemandunya telah bertindak memecut laju sebelum merempuh bahagian pintu depan kiri kereta polis.

“Anggota polis terus mengejar kereta suspek yang telah merempuh tiga buah kereta lain di tepi jalan sebelum hilang kawalan semasa tiba di sebuah stesen minyak di Gertak Chaber, Tanah Merah.

“Keadaan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara sebelum kedua-dua suspek ditahan.

Advertisements

“Siasatan awal mendapati, lelaki tersebut cuba merempuh kenderaan MPV untuk melarikan diri selepas terkejut melihat anggota polis yang mahu membuat pemeriksaan semasa dia bersama teman wanitanya berada di dalam kereta itu,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Kosmo!.

Menurut beliau, pasangan kekasih itu mengaku mereka baru sahaja sebulan berkenalan.

Katanya, dalam kejadian itu mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasangan kekasih itu masing-masing ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan