24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis bersedia hadapi gerakan balik kampung besar-besaran

Pergerakan dijangka berlaku di seluruh negara menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 30 April ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS telah bersiap sedia bagi menghadapi pergerakan besar-besaran balik kampung yang dijangka berlaku di seluruh negara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, polis akan mempertingkatkan pemantauan terhadap pergerakan kenderaan di lalu lintas dan juga pematuhan prosedur operasi standard oleh pengguna jalan raya.

Menurutnya, daripada 26,000 kekuatan pegawai dan anggota KDNKA yang ada hanya 10 peratus dibenarkan untuk bercuti pada perayaan kali ini manakala selebihnya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim perayaan.

“Semasa musim perayaan nanti, bermula 30 April hingga 4 Mei 2022 saya jangkakan waktu itu akan berlaku pergerakan (balik kampung) besar-besaran berlaku di seluruh negara sebab orang nak balik kampung sempena perayaan.

“Pesanan saya kepada mereka sangat senang, kenderaan di atas jalan dan lebuhraya patuhi keselamatan lalu lintas serta SOP yang masih dikuatkuasakan pada fasa endemik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyempurnakan Majlis Perbarisan dan Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah KDNKA, (PGA), Komander Briged Tengah PGA, Komander Unit Tindakan Khas, Pengerusi Perkep Briged Tengah PGA dan Pengerusi Perkep Unit Tindakkhas dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di PGA Cheras.

Advertisements

Hadir bersama, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) Komisioner Datuk Kasuahdi Ali dan Tiimbalan Pengarah KDNKA (PGA) Deputi Komisioner Muhammad Abdul Halim dan Komander Vriged Tengah PGA Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit.

Ujar Hazani lagi, pihaknya akan mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di sepanjang lebuh raya utama termasuk Barat-Timur khususnya di Rumah Rehat dan Rawat (RnR) yang kerap menjadi lokasi tumpuan pengguna sehingga membawa kesesakan.

Menurutnya, polis akan bertolak ansur dengan orang ramai dengan menasihat dan memberi peringatan, namun sekiranya ingkar, kompaun ingkar SOP dan sebagainya akan dikeluarkan.

“Sepanjang endemik yang bermula 1 April lalu cuma pada 9 April lalu sebanyak 183 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar SOP tetapi keseluruhannya kes perlanggaran peraturan tak banyak berlaku kerana rakyat kita majoritinya sedar dan memahami keadaan semasa Covid-19 serta patuh SOP,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan