25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MoT tarik balik larangan kenderaan berat di jalan raya di Labuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MoT) menarik balik larangan kenderaan berat menggunakan jalan raya semasa perayaan Aidilfitri di Labuan.

Ini berikutan rayuan dibuat Persatuan Penghantar Kargo Labuan (LFFA) kepada MoT pada Rabu lepas menerusi Ketua MCA Labuan Datuk Chin Hon Vui.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Darat MoT Wan Mohd Asraf Wan Salleh dalam surat balasnya kepada LFFA memaklumkan kelulusan itu tertakluk kepada syarat tertentu bahawa pergerakan kenderaan itu perlu dijadualkan sebaiknya dan tidak boleh bertembung dengan pergerakan kenderaan persendirian, khususnya pada waktu puncak.

Syarat lain ialah pergerakan kenderaan berat perlu mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan mematuhi peraturan dan keselamatan jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Pada 21 April lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan larangan itu di seluruh negara dari 30 April hingga 2 Mei dan 7 hingga 8 Mei bertujuan memastikan kelancaran aliran trafik yang meningkat ketika sambutan Aidilfitri.

LFFA dalam rayuannya menyatakan bahawa kebanyakan ahli LFFA dan penyedia pengangkutan di pulau ini menyediakan perkhidmatan kepada sektor minyak dan gas.

“Labuan kini sedang pulih daripada penularan COVID-19, justeru perkhidmatan sektor minyak dan gas pada tempoh ini adalah penting sebelum dan selepas cuti hari raya.

“Langkah tidak membenarkan pengangkutan kami berada di jalan raya semasa tempoh ini akan menjejaskan perancangan operasi luar pesisir.

“Kami memahami bahawa larangan ini penting kepada pengguna jalan yang lain yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri…bagaimanapun, ia juga jangka masa buat syarikat minyak dan gas yang perlu menyelesaikan aktiviti pemuatan untuk operasi luar pesisir,” kata Presidennya Prunella Phoong. – Bernama

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan