31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Guru wanita diperdaya RM276,000 terjerat scammer ‘KKM’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG guru wanita mengalami kerugian RM276,000 selepas terjerat dengan panggilan kononnya daripada seorang pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pada awal bulan ini.

Kejadian itu bermula pada 6 April lalu apabila mangsa, 41, menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa daripada KKM Putrajaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, suspek memberitahu mangsa membeli ubat setiap bulan dengan cara berlebihan kuantiti.

“Dia didakwa membuat pembelian itu sejak 1 hingga 28 Mac lepas di Klinik Komuniti Ipoh, Perak sebelum disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak dan laporan polis telah dibuat untuk dihantar ke KKM.

“Bagaimanapun semakan ke atas kad pengenalan mangsa mendapati dia mempunyai hubungan dengan lelaki bernama Tan Boon Huat berkaitan kes penipuan bank dan lelaki itu telah dipenjarakan namun terdapat 400 kad debit ATM di rumahnya, salah satunya merupakan milik mangsa,” katanya lapor Sinar Harian.

Aibee berkata, mangsa juga didakwa telah mengambil wang sebanyak RM273,000 daripada lelaki berkenaan dan diminta merahsiakan perkara tersebut bagi mengelakkan mangsa ditangkap dan dimasukkan dalam lokap.

“Panggilan berkenaan seterusnya disambungkan kepada seorang Inspektor bagi merujuk kes itu di mahkamah untuk mendapatkan arahan akaun bank milik mangsa ditutup, sebelum mengarahkan mangsa memasukkan duit di beberapa akaun bank untuk disemak oleh Juruaudit Negara.

“Bermula 11 April hingga Jumaat mangsa telah membuat transaksi bayaran ke beberapa akaun yang masukkan secara tunai dan dalam talian berjumlah RM276,000,” katanya.

Katanya, setelah selesai mangsa cuba menghubungi pihak berkenaan bagi bertanyakan kes tersebut namun tidak berjawab.

“Berasa dirinya ditipu mangsa membuat laporan polis pada Jumaat dan percaya kejadian itu merupakan sindiket penipuan.

“Berdasarkan siasatan awal mangsa telah membuat pinjaman bank, meminjam wang daripada rakannya serta mengeluarkan wang simpanan untuk membuat transaksi berkenaan sehingga mengalami kerugian RM276,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan