27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mercun setengah juta ringgit dirampas di Kempas dan Muar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH mercun yang dianggarkan bernilai kira-kira RM531,000 berjaya dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam dua serbuan berasingan di Johor Bahru dan Muar, semalam.

Dalam serbuan pertama di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, Muar kira-kira pukul 11 pagi, PGA merampas pelbagai jenis mercun yang bernilai kira-kira RM500,000 selain menahan dua individu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, operasi kedua di Taman Bukit Kempas, Johor Bahru pada pukul 6 petang pula membawa kejayaan merampas sejumlah mercun lagi yang dianggarkan bernilai RM31,000.

“Dua lagi individu ditahan di Kempas yang menjadikan empat suspek lelaki berusia 27 hingga 41 tahun diberkas di kedua-dua lokasi termasuk salah seorang daripada mereka berasal dari Indonesia.

“Antara mercun yang dirampas dalam serbuan itu adalah mercun happy boom, mercun thunder clap, mercun bola, crazy robot, happy boom tikus, mercun pop-pop dan pelbagai lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Tambah Dimin, pihaknya turut merampas dua buah lori, masing-masing sebuah di Kempas dan sebuah lagi di Muar.

“Kejayaan tangkapan dan rampasan mercun ini berjaya memutuskan pembekalan mercun di sekitar Kempas dan Muar khususnya menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes terbabit akan disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

Dimin turut menyeru kerjasama awam untuk terus menyalurkan maklumat bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungkan Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA di talian 07-7557280,” jelasnya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan