32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Diesel bernilai lebih RM88,150 dirampas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DIESEL bernilai RM88,150 ditemukan dalam satu serbuan pihak berkuasa di sebuah premis di kawasan perindustrian Mergong, Alor Setar, Kedah, semalam.

41,000 liter minyak diesel berkenaan ditemukan dalam sebuah lori tangki serta dua tangki skid.

Serbuan dilakukan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 3, Kuala Kedah, sebelum kes diserahkan kepada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, pada 11 pagi semalam untuk tindakan lanjut.

Menurut Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth, hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis berkenaan tidak mempunyai apa-apa kebenaran bertulis daripada pengawal bekalan untuk berurus niaga dengan barang kawalan.

“Selain minyak diesel, lori tangki dan dua tangki skid, PPM turut menyita peralatan lain seperti pam minyak sebanyak tiga unit dan pam sebanyak enam unit yang disyaki digunakan untuk penyelewengan minyak diesel berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Affendi berkata, pemandu lori tangki berusia 60-an turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM126,150.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

Baca juga:   3 beranak ditemui lemas saling berpelukan dalam kereta

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan