Thursday, July 23, 2026

Muhyiddin tiba di SPRM, dijangka didakwa esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba pada pukul 11.15 pagi tadi bagi memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. 

Ketibaan beliau di depan ibu pejabat SPRM disambut oleh kepimpinan Perikatan Nasional (PN) serta lebih 100 orang penyokong dipercayai bagi memberi keterangan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Muhyiddin dilihat tenang melangkah masuk ke perkarangan bangunan sambil melambai kepada penyokongnya diselangi dengan laungan sokongan solidariti terhadap beliau.

Turut dilihat hadir memberikan sokongan Naib Presiden Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Rina Harun; Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Dalam pada itu, Muhyiddin dijangka ditahan dan didakwa di mahkmakah esok.

Ketua Penerangan Bersatu Nasional, Datuk Razali Idris ketika ditemui di hadapan ibu pejabat SPRM berkata, tindakan tersebut dianggap tidak berperikemanusiaan.

Ini kerana kata beliau, penahanan itu dilakukan sehari hanya sebelum Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu. 

“Muhyiddin diminta hadir ke SPRM dan kita menjangkakan beliau akan ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah esok,” katanya. 

Pada 17 Januari lalu, SPRM telah memanggil Muhyiddin untuk memberi keterangan berhubung siasatan wang RM300 juta disyaki diterima parti itu daripada dana di bawah pakej rangsangan ekonomi COVID-19. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan