31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

45,058 mangsa banjir di Johor, Batu Pahat paling terjejas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SITUASI banjir di Johor tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri itu meningkat kepada 45,058 mangsa setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, ia membabitkan 12,746 keluarga dengan Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan mangsa, seramai 35,099 orang membabitkan 9,835 keluarga adalah penduduk Batu Pahat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sejak tengah malam tadiseramai 1,739 penduduk di daerah berkenaan dipindahkan ke 106 PPS.

“Sehingga pagi ini, jumlah PPS yang masih aktif ialah sebanyak 186 di Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

Advertisements

“Banjir termenung di beberapa daerah menyebabkan jumlah mangsa banjir tidak berubah dengan seramai 4,094 mangsa daripada 1,225 keluarga di Muar dan 2,436 mangsa daripada 766 keluarga di Tangkak.

“Turut terjejas ialah seramai 1,444 mangsa daripada 367 keluarga di Segamat diikuti Mersing (799 mangsa daripada 223 keluarga), Kota Tinggi (707 mangsa daripada 200 keluarga) dan Kluang (478 mangsa daripada 134 keluarga),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi berkata, banjir yang melanda sejak awal bulan merekodkan enam korban di empat daerah.

Ia melibatkan tiga kes di Segamat dan masing-masing satu kes di Kluang, Mersing dan Batu Pahat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan