26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Sukarelawan KPLB edar 4,000 bubur lambuk

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SUKARELAWAN Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Harian Metro menyediakan dan mengagihkan kira-kira 4,000 bekas bubur lambuk kepada penduduk setempat di Masjid Sayidina Ali Bin Abi Talib, Kampung Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang hari ini.

Juadah berkenaan disediakan dan dimasak secara bergotong-royong oleh ahli jawatankuasa masjid serta sukarelawan daripada KPLB dan Harian Metro bermula seawal pukul 7.30 pagi sempena program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) bersama kementerian berkenaan.

Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk perdana berkenaan adalah untuk diedarkan kepada penduduk setempat bagi mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.

Program gotong-royong membuat bubur lambuk ini diadakan di atas inisiatif tanggung jawab sosial korporat menerusi program TKHM Bersama KPLB dengan kerjasama Masjid Sayidina Ali Bin Abi Talib, Kampung Tempoyang dan Parlimen Lipis.

Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat terutamanya di luar bandar sambil berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan sempena bulan yang penuh keberkatan ini.

Bubur lambuk ini akan diagihkan kepada penduduk sekitar Kuala Lipis ini, surau berhampiran, agensi kerajaan serta jemaah yang berbuka puasa di masjid ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Hadir sama, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Haji Long; ADUN Cheka, Lee Ah Wong; Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek TKHM, Husain Jahit; Pengarah Projek TKHM, Noor Azam Abd Aziz dan Pengerusi Masjid Saiyidina Ali Bin Abi Talib, Datuk Zulkifli Othman.

Advertisements

Sementara itu, Husain berkata, Harian Metro, sebagai rakan media sangat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan KPLB dan berharap program seumpama ini dapat membawa manfaat kepada seluruh masyarakat setempat, khususnya penduduk luar bandar di Kuala Lipis.

“Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Harian Metro yang membabitkan masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang dirancang bersama-sama dengan rakan-rakan korporat, kementerian-kementerian dan agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, program TKHM dilaksanakan sejak 2007 lagi.

Menurutnya, pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan sudah disalurkan kepada mereka yang memerlukan, termasuk anak-anak yatim, keluarga miskin, ibu tunggal miskin, golongan asnaf, Pusat-pusat Tahfiz, rumah-rumah kebajikan serta mangsa-mangsa bencana alam, tanpa mengira bangsa dan agama.

“Syukur Alhamdulillah, program Titipan Kasih Harian Metro ini sudahpun memasuki tahun ke-16 pelaksanaannya dan pelbagai golongan masyarakat sudah mendapat manfaat daripada program ini.

“InsyaAllah, berkat sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada pelbagai pihak, program Titipan Kasih Harian Metro ini akan terus aktif dalam melakukan kerja-kerja kebajikan dan bersama-sama membantu insan-insan yang memerlukan,” tambah Husain.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan