27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Debat Najib-Anwar: Polis belum terima permohonan penganjuran

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS belum menerima permohonan penganjuran Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mei ini daripada penganjur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan daripada penganjur debat tersebut.

“Setakat ini tiada permohonan,” katanya ringkas seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Debat yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) itu dijangka diadakan selama dua jam mulai jam 9 malam dan boleh disaksikan secara fizikal atau melalui saluran media.

Pada Ahad, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dalam sidang media bersama berkata, format debat itu merangkumi tiga bahagian.

Pertama, berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Berhad (SEB), sama ada ia perlu diselamatkan atau sebaliknya.

Kedua, berhubung masa depan Malaysia merangkumi aspek politik, urus tadbir dan hala tuju negara serta ketiga adalah sesi soal jawab.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan