25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Lagi kes buli pelajar asrama, 11 pelajar direman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 11 pelajar sebuah sekolah berasrama di Kuala Nerus, Terengganu ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes pukul seorang pelajar sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rahim Md Din berkata kesemua suspek yang berusia 14 hingga 17 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari hingga 1 petang pada Isnin.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam pada Khamis lalu, suspek dikatakan telah memukul dan menyepak mangsa yang berusia 14 tahun.

“Kejadian tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan dan lebam pada bahagian peha kiri dan kanan.

“Berikutan itu mangsa telah membuat laporan polis pada Ahad kira-kira jam 9.40 malam,” katanya hari ini.

Ujar Abdul Rahim lagi, menerusi laporan itu kesemua suspek telah ditahan ketika  hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bagi siasatan lanjut.

Baca juga:   Pelajar Malaysia menang Anugerah Donald Janssen Dine di AS

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham yang menjadi antara punca tercetusnya insiden itu.

“Kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan