31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Buka, siasat semula kes kematian Adam – Pejuanita

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEJUANITA Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan meminta siasatan semula dapat dijalankan berhubung kematian Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Adam pada 3 Mei 2020.

Ketua Pejuanita Wilayah Persekutuan, Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, kes itu dirasakan perlu dibuka semula bagi mengenal pasti punca sebenar kematian bayi berusia 10 bulan berkenaan kerana dikhuatiri wujud unsur penderaan.

“Pejuanita Wilayah Persekutuan melihat ia satu perkara yang perlu dibuka semula (kes tersebut) kerana kematian Adam tidak dibuat bedah siasat apakah punca-puncanya yang menyebabkan kematian Adam.

“Dahulunya sebelum kejadian, Adam dalam keadaan sihat, agak berisi dan sebagainya tetapi semasa meninggal dunia, arwah dalam keadaan amat kurus dan kita tidak tahu berkemungkinan wujud unsur penderaan,” katanya lapor Sinar Harian.

Bibi Sunita berkata demikian ketika ditemui pemberita di hadapan Balai Polis Setiawangsa selepas membuat laporan di balai polis berkenaan bersama sekumpulan ahli Pejuanita Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Kes Adam mula muncul semula di laman sosial berikutan perhatian rakyat Malaysia tertumpu kepada perbicaraan kes penderaan Bella yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada minggu ini.

Adam merupakan kanak-kanak istimewa yang ditempatkan di rumah perlindungan sama dengan Bella dan banyak pihak termasuk Pejuanita Wilayah Persekutuan tidak menolak kemungkinan bahawa kematian Adam berlaku atas faktor pengabaian.

Bibi Sunita berkata, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung penjagaan kanak-kanak diletakkan di bawah jabatan itu.


Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan