28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Agihan bantuan usahawan terjejas banjir sebelum Aidilfitri – Noh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi memberi jaminan pengagihan bayaran Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) kepada kira-kira 16,000 usahawan informal dan mikro di seluruh negara yang terjejas akibat banjir dijangka akan dapat diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Pada masa sama, kementerian juga akan mengadakan pertemuan bersama pihak-pihak yang terlibat susulan kegagalan menyegerakan pembayaran pinjaman melalui Bantuan Dana Kecemasan PKS (SMEEF) 2.0, kepada usahawan yang terjejas banjir.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, perjumpaan bersama Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) akan diadakan pada Rabu ini.

Katanya, pinjaman tanpa faedah sebanyak RM100,000 itu sepatutnya telah dibayar dalam tempoh dua minggu lalu namun pihak terbabit gagal berbuat demikian berikutan pelbagai syarat yang dikenakan.

“Saya akan lihat balik dari segi peraturan dan bila saya dapat syarat yang ditetapkan oleh MIDF ini syaratnya saya tengok macam syarat biasa saja.

“Padahal saya telah beri arahan bahawa tolong permudahkan urusan tetapi nampaknya masih lagi mengikut syarat-syarat yang telah macam perkara biasa. Maka saya minta MIDF tolong percepatkan,” katanya lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia di Taman Tamadun Islam, di sini.

Beliau berkata, pemberian pinjaman kepada usahawan PKS, yang terkesan dengan bencana itu perlu diproses dan disalurkan secepat mungkin bagi tujuan kecemasan agar sektor PKS negara dapat dirancakkan semula.

Sementara itu, Noh berkata, kementeriannya melalui agensi TEKUN Nasional telah menyalurkan sebanyak RM2.9 juta geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) kepada negeri Terengganu.

Seramai 962 usahawan informal dan mikro negeri Terengganu yang terjejas banjir diberikan geran BBKM bernilai RM3,000 seorang secara one-off dan tidak perlu dibayar balik.

Terkini

Zahid umum bantuan khas Aidilfitri kepada peneroka Felda

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan