24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jangan main bunga api selepas 12 tengah malam – PDRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak bermain bunga api selepas pukul 12 tengah malam sehingga mengganggu ketenteraman atau membahayakan orang lain.

Sekiranya engkar, ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].

Amaran itu dikeluarkan Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, akta berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

“Bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g. Sekiranya dimainkan secara merbahaya boleh mendatangkan kecederaan.

Advertisements

“Bermain bunga api hendaklah membakarnya di kawasan lapang agar tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat,”katanya memetik laporan Astro AWANI.

Mengulas lanjut Noorsiah berkata, individu yang sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda pula boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.

Katanya, ia membawa hukuman penjaran tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“PDRM mengingatkan seluruh masyarakat terutamanya ibu bapa, hendaklah mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan