26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

UMNO tetap tidak kuat walaupun Najib dibebaskan – Kit Siang

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mampu mengembalikan zaman kegemilangan UMNO jika sekalipun dibebaskan dengan mendapat pengampunan diraja.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ia sesuatu yang silap sekiranya mempercayai UMNO akan menjadi lebih kuat jika Najib diberikan pengampunan malah pembebasan bekas Presiden UMNO itu akan menguntungkan PAS dan Bersatu.

Katanya, satu-satunya cara untuk memulihkan UMNO sebagai parti politik yang terkemuka ialah menetapkan semula Malaysia kepada prinsip pembinaan asal sebuah negara majmuk.

“Saya fikir menjadi satu kesilapan untuk percaya bahawa UMNO hanya boleh kembali ke zaman kegemilangannya jika Najib diampunkan. 

“Sebaliknya, saya percaya pengampunan Najib sekarang tidak akan menguntungkan UMNO sama sekali sebaliknya hanya akan menguntungkan PAS dan Bersatu, selain menyebabkan keruntuhan kerajaan perpaduan Anwar.

Advertisements

“Satu-satunya cara untuk UMNO memulihkan kehebatannya adalah dengan menerajui penetapan semula dan kembali kepada prinsip pembinaan negara bangsa yang asal untuk membina sebuah Malaysia yang majmuk,” katanya menerusi tulisan di laman blog pada hari ini.

Menurut Kit Siang, UMNO telah kehilangan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) dan kemudiannya ditolak pengundi Melayu pada PRU15, menyebabkan parti itu ketinggalan di belakang PAS dan Bersatu.

Kenyataan Lim itu dibuat selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato Puad Zarkashi mendakwa pemimpin Pakatan Harapan termasuk Kit Siang dan Ahli Parlimen Padir Gudang, Hassan Karim takut kemungkinan Najib keluar dari penjara.

Kata Fuad, parti UMNO akan bertambah kuat melalui gabungan diterajui Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan