Friday, July 17, 2026

Elak pembelian panik, bekalan makanan mencukupi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memberi jaminan bahawa bekalan makanan adalah mencukupi sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana pihak penguatkuasa sentiasa memantau bekalan barangan mentah seperti ayam, telur dan sayur-sayuran bagi memastikan sama ada ia mencukupi atau sebaliknya.

“Berbelanjalah dengan gembira dan jangan melakukan pembelian panik kerana pihak penguatkuasaan akan memantau bekalan setiap hari untuk memastikan ia mencukupi memandangkan permintaan tinggi menjelang Syawal,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Bazar Ramadan Rahmah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya segera membuat aduan sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga barangan yang telah ditetapkan.

“Kita berharap orang ramai dapat menyemak senarai harga barangan yang kita umumkan supaya senang untuk kita kenal pasti peniaga terbabit kerana setiap aduan daripada pengguna kita akan ambil maklum,”katanya. – BERNAMA

Terkini

Khutbah Jumaat: Normalisasi dosa, luka yang tak lagi terasa

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Khatib mengingatkan diri sendiri dan ahli jemaah sekalian agar sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dengan...

Lagi Artikel Berkaitan